Jalan Jalan Port Dickson
Hari tu aku ngan my besti pi jalan jalan PD . kenapa syok sangat sampai nak share kat sini ? Saje, hari tu my second time aku pi sana selepas kali yang pertama adalah pada ketika aku berusia 14 tahun .
Aku ngan dia pi naik public transport je.... Biasalah orang belum ada kereta lagi. Tapi aku memang berkeras nak pi naik public je sebab antara kitorang takde sorang pun yang memang terror jalan pi PD. Aku tak mau pening2 , atau terkontang kanting cari jalan nanti.
Aku bertolak dari kajang dalam pukul 7 .30 am . Dari stesyen KTM UKM hingga ke Stesyen KTM Seremban ambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.
Aku tunggu kawan aku yang telambat tu , dia sampai pukul 11 AM.Tapi aku tak marah dia pun, alah sape2 bole terlambat . lagipun aku la yang beria -ria nak pi sangat. nasib baik ada orang temankan.
Dari ktm Seremban kitorang terus pi Port Dikson dengan bus CITY LNER .Tambang lebih kurang RM 4.
Sampai la kat bus stand PD . Kitorang amik teksi ke Batu 8 . Tambang teksi rm 12.
TERMINAL BAS SEREMBAN
GAMBAR HIASAN
Sebelum turun pantai kitorang siap sempat telan Coconut Shake pekat memikat . beli dari kedai berhampiran . Sedap harga RM3.
Aku bawa bekal nasi dengan sambal telur. Dia bawah Sandwich tuna. Sedap gilerr sandwich dia.
Tapi ada insiden sedih berlaku , masa kitorang tengah bersantap. Ada budak2 yang berkelah dekat dengan kitorang baling pasir dalam makanan kitorang.Yang menyebabkan aku marah adalah parent diorang langsung tak minta maaf walaupun diorang sedar perkara tu berlaku.
Putus selera aku nak makan....
Kitorang mandi dan makan2 sampai pukul 6 pm pastu bertolak balik ikut cara yang sama kitorang datang tadi
Korang , kalau nak pi PD, boleh la ikut cara yang aku kongsi tadi. Tempat dia best jugak , pantai cantik . siap ada kemudahan surau yang selesa .
Bye, happy blogging.....
No comments:
Post a Comment