Thursday 14 May 2015

Mayonis buatan sendiri

Mayonis Buatan Sendiri

Bahan Bahan


1. 1 biji telur
2. 1 cawan minyak masak
3. sedikit lada hitam
4. sedikit garam
5.  1 sudu air limau nipis atau lemon 
6. 1 sudu cuka

Cara Cara

1. Blend telur bersama garam , cuka, lada hitam ,air limau  nipis atau lemon  sehingga sebati.
2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit . Kemudiaan blend lagi sehingga sebati.
3. Siap boleh la dimakan bersama burger, coleslaw, atau apa apa saja.
                            gambar hiasan

Tuesday 12 May 2015

NovelTerbestAbadIni


                                             
Aku memang dah lama teringin nak share pasal novel ni , Tak pe korang baca prolog ni dulu:

Perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!”
“Lelaki kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.”
“Iman… Muslim… sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.”
“Tak nak!!!”
“Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak aje ni. Sesuai la kau orang.”
“Tak nak jugak!!!”
Benarkah tiada ruang untuk Iman-Muslim itu berdamai?
Kehilangan seorang adik merubah Iman dan membuatkan Muslim mati kata. Tatkala diri baru merasa teguh berdiri, datang pula rombongan meminang yang membuatnya bungkam kembali. Mengapa mesti ‘beliau’ menurut andai Iman bukan pilihannya sendiri? Perlukah Iman reda dengan takdir itu seperti dia reda dengan kehilangan adiknya?
Bahagia itu bukan hanya perlu dicari tetapi bahagia itu perlu dikenali
Kenapa aku rasa novel ni bagus? Cerita ni lebih kurang dengan cerita cintan cintun yang lain.
Tapi banyak sangat diterapkan nilai nilai islamik  .Mungkin ramai golongan muda ta suka jalan cerita islamik, Tapi gaya bahasa yang sempo membuatkan anda tak jemu jemu membacanya sehingga habis.  Jalan cerita ini boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang nak cari pasangan 

" Lelaki baik untuk perempuan baik" . Percayalah pada janji Allah.


Watak utama dalam novel ini , Iman mengawal dirinya daripada jatuh cinta pada teman2 sekuliahnya yang lain atas kesedaran 'kapel  sebelum ahwin itu haram.

 Iman juga mengalami  dilema untuk menerima Muslim Razin , rakan sekolahnya sebagai suami setelah dipinang oleh umi Muslim Razin sendiri.

Walaupun sering bercakaran ketika di sekolah Muslim Razin telah lama menaruh hati pada Iman. Adakah  Muslim bertepuk sebelah tangan . Dapatkah Muslim mengawal Iman?


Nak menghayati novel ini?
Cepat cari kat bokstore yang berhampiran.
Selalu saya cari novel yg lama lama ni kat Kinokuniya pasti ada.




Wednesday 6 May 2015

About Me

Assalamualakum. Hi , nama aku Siti Norain Hassan. Selalunya akua menggunakan initial SiNoHa. atau nama pena Sayangmanis . Sebenarmya Sayangmanis tu berasal daripada perkataan Saya Yang Manis , lepas tu terjadilah Sayangmanis. Ak manis ke tak?  EmmmTak kisah la janji aku yakin pada diriku sendiri.

Masih baru dalam dunia blogging. today is my first  day writing post here. tu pun pasal diri aku je.
Aku memang berharap dapat cedok ilmu sebanyak mungkin dari  otai otai di luar sana. Tolong tunjuk ajar ye...

 Sebenarnya aku buat blog ni  sebab blog termasuk dalam salah satu silibus pelajaran aku dalam 6 bulan ini....

Waaa..... macam terpaksa pulak ak berblog ini ye...... .Sambil menyelam minum air. Jadi di sini aku harap dapat share dengan readers semua tentang perkara2 yang aku suka dan bermanfaat. Tapi tak  termasuk pula dalam hal2 berkongsi suami dan kongsi dosa.Ye lah sape la yang nak berebut2 masuk neraka kan?

Kalau aku  ada tersalah silap semasa blogging ni tolong  tegur2 ya.


Well , happy blogging